##~MaSa iS tImE is Now~##

Monday, December 19, 2011

##~D.e.s.I.G.n^B.a.J.u^GPS~##

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
&
Salam 1 Malaysia...

huh....lega alhamdulilallah..
siap jgk akhirnye design baju terbaru tok smua kelap GPS 1Pahang....
design aq nie bertemakan warna red n black...
nak tegok design baju aq???

 yg  ni bhgian dpan...
ad logo sek ahli
GPS
nama ahli
1 Malaysia
yg nie plak bhgian blkng...
ad nama ahli
no jersi(x kesah nk nmbo bape pon)

aq ad uat 2 design tok plihan stiap ahli GPS..
yg nie pilihan pertama..
ad lencana sekolah,GPS,nama n 1Malaysia dibahagian hadapan...
(boleh pakai kat sekolah)
yg nie pilhan kedua...
ad logo GPS n nama sahaja dihadapan...
(x taw lh boleh atau x boleh dipakai kt sekolah)


Saturday, December 17, 2011

##~s.P.m~##

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
&
Salam 1 Malaysia...

pjam celik-II akhirnye da nk thun 2o12...
x lme lg da nk jd fom5..asew diri nie mcm bru jerk abis Tadika semalam...huhuhuh
bile da jd fom5 msti lha kne amek SPM..law SPM(Selamat Pagi Malaysia) x pe lha jgak...
nie x...SPM(Sijil Pelajaran Malaysia)...
asew bedebar lha plak..dgn x ready ape-II lg...
hhhhuuuuuhhhhh!!!!!
BTW.... 
Akmal nk ucapkan gud luck 4 all SPM candidate 2o12 key..!!!!

Friday, December 16, 2011


BERA — Sebuah pasar raya musnah dalam kebakaran di pekan Kerayong di sini



Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zahid Mohamed Noor berkata, kebakaran pada 2.45 pagi itu disedari oleh anggota polis yang menjalankan rondaan di kawasan tersebut apabila ternampak asap dan api dipercayai dari kedai menjual cakera padat yang terdapat dalam pasar raya itu.
Beliau berkata, anggota polis itu kemudian menghubungi pasukan bomba dan penyelamat sebelum dua jentera bersama 17 anggota dari balai bomba Triang dan Temerloh tiba 10 minit kemudian.
"Kedai-kedai lain yang terdapat dalam pasar raya terbabit termasuk kedai pakaian, kedai makan dan kedai cakera padat serta gelanggang futsal turut musnah dalam kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi.
Zahid berkata, kerugian yang dialami pengusaha pasar raya dan tujuh peniaga di bangunan itu masih belum ditaksirkan tetapi dianggarkan melebihi RM1 juta.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Triang, M. Manoharan berkata, 95 peratus bangunan itu hangus terbakar. - Bernama
sorry...video ntah pape sket....

lpas nie x bley la dah nk g shoping kt c2...
nk bli bju skolah pon da x bley nk bli kt c2..

)'=

▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀ Kalau sampai Ipoh 【ツ】 ▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀ 
Kalau sampai Ipoh 【ツ】
 ▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀


 Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Kangar, Perlis. Ibu itu berpesan pada pemandu bas: "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang di sebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang di sebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak itu. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukah kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! Cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" Tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Thursday, December 15, 2011

##~m.Y^n.E.w^t.R.E.a.D.m.a.R.k~##



orenge
blue
Nme logo blog aq ni ialah 
##~ReDz sQuaD~##


green
purplered
fire

Untok pgetahuan sume design nie aq wat sndri..
Dlm logo nie ad trdpat bbrpe urop yg trsembunyi...
Klau nk taw ap dye cri lha erk...~__~
Lme jgk le nk siapkan 1 design nie...
dgn pnoh ksbaran n keikhlasan akhirnya siap jgk...
design mne yg lg ok??
BLUE##ORANGE

Tuesday, December 13, 2011

##~k.I.S.a.H^O.r.a.N.g^g.I.L.a~##

Seramai 26 orang gila dari malaysia telah dibawa ke amerika untuk brjumpa dgan d0ktor pakar.. Mereka semua telah dbawa dgan sebuah kapal terbang yg besar...
Nak dijadikan cerita,sewaktu dalam perjalanan,mereka teramatlah bising nye,kecoh bt0l,bese la kalu da same2 gila,ada je mende bodoh dorg wat.
So,kbisingan dorang ni tlah mbuatkan captain pilot marah..
Lalu,cptain pilot ni telah menyuruh co pilot untk mlihat apa yg brlaku di belakang.
Apabila saja co pilot melihat apa yg brlaku,trkejut beruk la co pilot bila melihat orang2 gila tsebut sdang brmain bola sepak di belakang...MU vs Chealsea kata org gila 2...
Co pilot: hoii gila!tak boleh main bola dalam kapal terbang!!#dengan nada marah#...
0rg Gila: baik encik...kami tak kan main bola kat dlm kpl trbng lg encik )=
Stelah dimarahi,terdiam la semuanya Namun,selang bberapa minit kmudian,cptain brasa curiga kerana suasana begitu tenang d belakang senyap jek..
Lalu cptain pilot menyuruh lg co pilot melihat apa yg blaku di belakang. Stelah diperiksa,terkejut beruk lg la co pilot bila mlihat hanya tgal 4 orang gila saja..co pilot hairan lalu brtanya.
Co pilot: oi gile,apa da jadi?mana kawan2 seangkatanmu yg lain??
Org Gila: da encik pilot x kasik kami main bola dalam kpal trbang,dorang main la kt luar kpal trbng nih..
Co pilot: apa kamu 4 orang ni buat dalam ni??nape x ikot kawan kamu main kt luar?
0rg Gila: encik ni gila ke?kan kami ni pemain simpanan

##~c.I.N.c.I.N~##


Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.
Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, “Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?”
Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, “Susah mencari kereta palsu.”

##~P.i.L.i.H^a.N.t.a.R.a^D.u.a~##



::: | Drpd sujud kaki kekasih, baik sujud kpd Allah..

::: | Drpd cium kekasih, baik cium Tikar Sejadah..

::: | Drpd pegang tangan kekasih, baik Pegang Al-Quran..

::: | Drpd menangis untuk kekasih, baik menangis memohon Ampun drpd Allah..

::: | Drpd peluk kekasih, baik peluk Mak dan Ayah..

Monday, December 12, 2011

H.A.N.Y.A I.N.G.I.N M.E.N.G.I.N.G.A.T.I A.N.T.A.R.A K.I.T.A



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

I N.E.E.D A A.N.S.W.E.R P.L.E.Z


boy : awk..klu sy lempang awk, awk buat apa..?
girl : sy akn lempang awk balik...

boy : klu sy sepak awk?
girl : semestinya sy akn sepak awk smula..

boy : tp klu sy jatuh cinta kat awk..??apa awk nak buat??
girl : errrrrrr..... uhmmmm.

*kpd girls, cuba la jawabkan...klu anda distuasi ini....

##~f.U.c.K~##

F.U.C.K for life : Fikir untuk capai kejayaan
F.U.C.K for love : Fikir untuk cinta kita
F.U.C.K for Education : Fokus untuk capai kecermelangan
F.U.C.K when stress : Fikir untuk cari ketenangan
F.U.C.K for game : Fokus untuk capai kemenangan
F.U.C.K for frendship : Facebook untuk cari kawan
Click here for Myspace Layouts